PENGURUSAN PEMBELAJARAN
1. Sosiologi Pendidikan (KPS)
2. Psikologi Pendidikan (KPP)
3. Falsafah Pendidikan (KPF)
4. Pedagogi (KPD)
5. Penilaian dalam Pendidikan (KPN)
6. Teknologi Pendidikan (KPT)
SOSIOLOGI PENDIDIKAN
SOSIOLOGI:
Kajian sistematik dan saintifik tentang interaksi
manusia dalam masyarakat dari pelbagai sudut.
Masyarakat:
kumpulan manusia saling
berhubung yang membentuk jalinan yang
melahirkan pelbagai fenomena sosial.
Sistematik dan saintifik:
penting dalam
pendidikan kerana bidang pendidikan
mempunyai ciri-ciri sains
PERSPEKTIF TEORI SOSIOLOGI
PENDIDIKAN
3 teori utama:
- Fungsionalisme
- Konflik
- Interaksionisme
- Simbolik
TEORI FUNGSIONALISME
Mengkaji perlakuan sosial atau institusi dalam
kegiatan yang menyumbang kepada penerusan
masyarakat
Masyarakat dianggap seperti tubuh yang
mempunyai bahagian dengan fungsi tersendiri
[ada tujuan dan keperluan tertentu]
Struktur sosial akan menentukan kelancaran
keharmonian dan perjalanan masyarakat.
TEORI KONFLIK
Menganalisis konflik-konflik dalam masyarakat. Berlaku konflik dalam struktur masyarakat. Mengkritik kapitalisme. Persoalan mengenai sama ada struktur-struktur
masyarakat seperti ekonomi, pendidikan, politik,
sosial dan agama membawa kesejahteraan
kepada manusia atau sebaliknya.
TEORI INTERAKSIONISME SIMBOLIK
Bagaimana seseorang menginterpretasikan dan
bertindak menurut kemahuan masing-masing dalam
masyarakat